Assalamualaikum
& selamat sejahtera.
Hari ini
Tuan Rumah ingin memperkenalkan pengetua-pengetua Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba),
sama ada yang mantan ataupun yang neneraju (memerintah?) kolej sekarang. Oleh sebab
Tuan Rumah malas untuk membuat senarai nama mantan pengetua KK7, maka Tuan
Rumah lampirkan gambar mantan pengetua-pengetua KK7 yang terdapat dalam Majalah
Sinar Za;ba Edisi Khas (2009/2020-2010/2011).
Untuk pengetahuan semua, pengetua kolej di Universiti Malaya dipanggil Master. Master terdiri daripada para pensyarah. sekarang, sehingga tarikh dan masa catatan ini ditulis, pengetua KK7 ialah Prof. Madya Dr. Rohana Jani, iaitu pensyarah di Fakulti Ekonomi & Pentadbiran.
Sekian sahaja untuk catatan kali ini. Wassalam.
Pengetua KK7 terkini, Prof. Madya Dr. Rohana Jani. |
Sekian sahaja untuk catatan kali ini. Wassalam.
Kolej Kediaman
Ketujuh, atau turut dikenali sebagai Kolej Kediaman Za’ba, merupakan salah satu
kolej kediaman yang terdapat di dalam Universiti Malaya (UM). Kolej yang sebelum
ini dikenali sebagai Asrama Za’ba telah dibuka dengan rasminya pada 7 disember
1974 oleh Datuk Dr. S.M.A. Alhady, iaitu pengerusi Majlis Unviersiti Malaya. Kolej
ini dinamakan sempena dengan nama Pendita Bahasa Melayu Zainal Abidin Bin Ahmad
atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Pendita Za’ba merupakan seorang pejuang dan
pencinta bahasa dan kesusasteraan Melayu dan telah menghasilkan banyak karya
dalam pelbagai bidang. Antara buku-buku beliau yang terkenal ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa.
Kolej Kediaman Ketujuh (KK7) dibina
di atas sebuah tapak yang berpaya. Pada awalnya, terdapat sebanyak enam
bangunan yang terdiri daripada empat blok penginapan pelajar, satu bangunan
pentadbiran, dan rumah pengetua. Ketika itu, seramai 600 orang siswa yang
merupakan kumpulan pertama pelajar telah menghuni kolej ini. Seiring dengan itu,
pelbagai prasarana telah disediakan bagi memenuhi keperluan penghuni merangkumi
kemudahan riadah dan tempat belajar. Balai Za’ba, iaitu sebuah pentas yang
terbuka juga dibina dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar mengadakan persembahan
pentas. Kini, terdapat penambahan prasarana dan kemudahan, misalnya Bangunan
Seri Jati dan blok perniagaan.
Selain itu, KK7 juga telah menjadi
kolej kediaman rasmi untuk para pelajar orang kelainan upaya (OKU), bermula
sekitar 1990-an. Selaras dengan itu, pelbagai kemudahan untuk warga istimewa di
dalam kolej ini telah disediakan oleh pihak berwajib, misalnya jalan Braille
dan tanjakan (ramp). Keadaan KK7 pada
hari ini yang bersifat inklusif, ditambah pula dengan komitmen warganya untuk
mengharumkan nama KK7 di persada kebangsaan dan antarabangsa, telah menjadikan
KK7 sebagai salah satu kolej kediaman yang terunggul di dalam Universiti
Malaya.
Selamat sejahtera
awal pengenalan,
Blog dicipta
pengganti suara,
Berkongsi
gambar juga pengalaman
Selamat datang
ke blog Legenda Budak Za’ba. Blog ini dihasilkan oleh alumni Kolej Kediaman
Ketujuh (Za’ba), Universiti Malaya, untuk para pelajar dan alumni Kolej
Kediaman Ketujuh (Za’ba), Universiti Malaya berkongsi pengalaman mereka
sepanjang hidup dan menetap di dalam Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba), Universiti
Malaya. Blog ini akan memuatkan koleksi gambar-gambar aktiviti pelajar Kolej
Kediaman Ketujuh (Za’ba) yang dilaksanakan, berserta serba sedikit penerangan
bagi setiap organisasi dan program.
Bagi para
pelajar atau alumni Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) yang berminat untuk memiliki
gambar-gambar yang dipaparkan dalam blog ini, bolehlah emel kepada ‘Tuan Rumah’
di alamat zabahankk7@gmail.com. Mereka yang berminat untuk memaparkan
gambar-gambar daripada koleksi sendiri juga boleh berhubung dengan kami di emel
yang sama.
Jika terdapat
sebarang gambar dalam blog ini yang kurang disenangi mana-mana pihak, sila beritahu Tuan Rumah supaya dapat dikeluarkan daripada blog ini. Kerjasama daripada
semua pihak dan pelawat blog amatlah dihargai.
"Once a Zabahan
Always a Zabahan"
Catatan Popular
-
Kolej Kediaman Ketujuh, atau turut dikenali sebagai Kolej Kediaman Za’ba, merupakan salah satu kolej kediaman yang terdapat di dalam ...
-
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Hari ini Tuan Rumah ingin memperkenalkan pengetua-pengetua Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba), sa...
-
Assalamualaikum pembuka bicara, Selamat sejahtera awal pengenalan, Blog dicipta pengganti suara, Berkongsi gambar juga pengalaman ...